Monday, September 7, 2009

Badai di Hempas Gelora.....

(menghela nafas).....panjang...
Aku dihempas gelora lagi...
walau selalu x bisa terhakis mudah...
gelora ini luar biasa....
angin yg membawa gelora ini bukan angin biasa...
geloranya menghempas lembut...sejuk...halus...dingin...
namun menghakis badaiku...
(menghela nafas).........
badai yg sudah lama berbenteng utuh..teguh...
tak pernah walau berubah...
tak pernah walau bagai terhakis...
tak pernah..
tak pernah....
Namun,
gelora apakah yang datang menghempas ini
kerna aku tak bisa melawan...
ku biar gelora ini menghempas...
aku mahu dia meruntuhkan benteng ini..
aku mahu selalu angin bawakan ia menghempasku...
kadangkala aku rindu bila gelora ini tiba-tiba hilang..
aku tertunggu2 dia menghempas seperti selalu..
kerna aku tahu ...
aku rindu pada gelora itu..
walau aku tahu bila angin bertiup kencang aku dipukul kuat gelora itu..
tapi bukan gelora itu mahu memukul kuat...
salahkan angin itu...
(menghela nafas).....................


KENAPA ALLAH CIPTAKAN GELORA YG MENGHEMPAS PANTAI TANPA HENTI2...KADANGKALA GELORANYA LEMBUT...KADANGKALA GELORANYA RENCAM MEMUKUL...

-muniraharis-

Tuesday, July 21, 2009

PERMULAAN YANG MENCENGKAM...

Apa yang dilalui penuh cabaran,
walaupun kadangkala susah dimulakan,
kadang aku merangkak, bertatih sehingga mampu berlari..
walau banyak duri,
walau badan tercalar luka, berdarah...
aku hanya mahu sampai akhirnya...penghujung jalan ini..
kadangkala hati menangis meronta xtertahan dugaan ini..
perlukah semua ini..perlukan situasi ini aku lalui..
niatku hanya mahu satu..
mahuku untuk mak..untuk abah..
mahuku untuk agama..
mahuku aku untuk aku...

Dia tetap ada..
walau aku terkadang leka.

walau aku kadangkala alpa
walau aku kadangkala.........khilaf
Dia tetap ada memberi ruang...walau aku........sesat...kesat...
kudratku tak termampu mengharungi pelayaran ini..tanpa..
DIA...,DIA,...DIA.....
walau aku.........
walau aku................
walau aku......................
walau aku........................!!!!!

Monday, June 22, 2009

I miss My ABAH...

Aku dilahirkan berbinti Haris...
dan,
Aku bangga ber Binti Haris,
Binti Haris...punya satu cara berbeda,
Binti Haris punya transisi tersendiri...
Binti Haris punya satu kekuatan walau,
terkadang...
Tak mungkin aku akan mengguris nama itu,
Nama yang sentiasa aku bawa tanpa lupa,
Aku berusaha menjaga nama itu,
Walaupun aku...
Rebah,walau aku lelah,walau aku...
Walau aku terkadang tak mampu Abah...
Ingin aku junjung namamu,
Sejunjung kasihmu padaku,
Ya,Allah...
Kurniakan aku sebuah kejayaan,
Demi Mak dan Abah...


Wednesday, June 17, 2009

Rasulullah saw bersabda bermaksud:

“Sesungguhnya Allah itu cantik (indah) dan bersih. Ia amat mencintai kepada perkara yang cantik (indah) dan bersih.” (Riwayat Al Bazzar).

-azzariyat.wordpress.com-

“Air yang bertakung tidak mengalir akan dirosakkan oleh statiknya itu, pemuda yang banyak masa lapang (tidak dinamik) akan dibunuh oleh masa lapangnya itu” – Pepatah Arab


Wednesday, June 10, 2009

Terima Kasih MYVi Putih...(sebuah kisah benar)

Suasana 10 Malam di perhentian Bas Kangar (balik sempena kenduri Afa). Aku dihantar oleh abah dan orang tersayang seperti biasa :) sayu hati untuk meninggalkan negeri tercinta untuk meneruskan perjuagan di perantauan. buat kali ke-2 aku naik bas Mara Liner. Selalu aku naik Transnasional. saje ubah angin naik Mara Liner sebab masa naik dari Pudu ke Kangar bus dia cantik dan selesa sebab aku kerusi single sebelum perjalanan driver dia siap baca doa. Kali ni aku kena duduk dengan mamat mana ntah. Abah selalu dia akan monitor sapa yang duk sebelah aku dalam bas kalau kerusi double.... Sepanjang pejalanan seperti biasa aku akan tido setidornya sehingga sampai ke destinasi yang dituju. Mujur sampainya aku di Pudu ada kawan janji nak ambik.Kalau tak pening jugak sebab pertama kali turun Pudu ni. maklumla banyak kendengaran ceritan yang kurang enak tentang suasana Puduraya yang megerunkan. Setibanya di Puduraya.....

Aku menurunkan beg yang aku letak kat tempat barang atas kepala. ada dua orang yang paling akhir turun bas. Seorang lagi wanita (mungkin sebaya dengan aku 24 tahun berbaju MNG agak ketat bewarna hitam) kat depan tengah bersusah payah menurunkan barang aku ingat dia ni penjual rojak kot. sebab dua beg plastik besar dia bawak balik dari Perlis kuah rojak yang dalam tupperware 2. aku pun lalu sebelah dia nak turun. terjatuh plak beg duit dia bertaburan kad pengenalan, dan kad2 apa lagi kat atas lantai bas.


AKU : awak ok ke? banyak barang.

WANITA ITU : a,aah ok.. maklumla pagi-pagi ni.

AKU: (telefon kawan aku tapi x angkat2) angin betul aku. geng2 pemandu teksi menghampiri aku mempelawa perkhidmatan mereka. xpe bang..kawan saya ambik. dari jauh aku nampak wanita tadi turun dari bas membawa palstik beg yang besar berisi kuah rojak.

WANITA ITU: (SENYUM KEARAH AKU)

AKU : Akak nak pergi mana?

WANITA ITU : Nak ke Cheras.

AKU : Ooo pendek. (sambil tangan menelefon kawan aku x henti2) aku rasa mau seratus miskal dalam handphone dia. aku dengan muka selamba mendail lagi sambil berfikir-fikir cara untuk menyelesaiakan masalan tersebut. Dalam fikiran, yang aku tau nak sampai ke rumah sewa dengan cepat sebab esoknya praktikal. dah empat ari cuti.

Jam menunjukan 5.30 pagi (Hentian Puduraya)

WANITA ITU : Awak nak kemana?

AKU : Nak ke..(apa nama ntah umah aku) Pantai Permai..eh betul ke..

WANITA ITU : Pantai Permai? dekat dengan Pantai Dalam ke?

AKU : A,ah Pantai Dalam la.. maklumla baru menyewa sebulan kat situ..(tangan menekan punat telefon bimbit.)

WANITA ITU : Jom saya boleh hantarkan...dekat je dari sini... jom la..Kawan awak x sedar kot. maklumla pagi2 ni. kejap lagi Abang saya ambik.

AKU : erm...aku berfikir-fikir...nak ikut ke..sapa perempuan ni...selamat ke..ataupun ni pertolongan dari Allah kat aku. hamba yang kerdil di tengah-tengah kota raya yang besar. aku rasakan sangat naif ketika itu. takut dan gelisah.. aku nak ikut dia ke tak.

"MYVi Putih berhenti di depan aku dan wanita itu, sambil seorang lelaki melambai-lambai di dalam kereta.

AKU : mamat ni ke abang pompuan ni?

WANITA ITU : Jom la saya hantarkan...

AKU : Selamba angkat beg... naik MYVi putih tersebut. Assalamualaikum, tak kisah ke.

WANITA ITU : Abang, hantar dia kat Pangsapuri Permai. kawan dia x angkat telefon. sama-sama naik bas dengan ayang tadi.

AKU : ayang....(Dalam Hati) Ceh, boyfren dia nih.

WANITA ITU : Saya dari Perlis belajar kat Unimap. Baru habis praktikal.

AKU : Ooo... saya pun praktikal kat sini... kat RTM. dua bulan je.

Perbualan dalam kereta yang sangat ramah. bermula satu perkenalan kecil antara aku dan wanita itu. rupanya dia orang Terengganu belajar kat Unimap. kuah rojak bnayak-banyak tu di nak bawak balik Terenganu. terjadi jugak pergaduhan kecil antara dia dan boyfrenya dalam kete tu. biasalah pergaduhan sepasang kekasih...Kalau la mak bapak aku tau aku tumpang kete ni mampus kene marah. dah la tak kenai main belasah aku tumpang.. tapi aku redha je..erm...perjalanan selama 15 minit membawa aku samapi ke rumah sewa pangsapuri permai. x payah aku nak bagitau jalan dia dah tau pangsapuri tu. rupanya boy di pernah belajar kat UPM n selaku lepak-lepak situ.

AKU : Turunkan saya kat depan ni je la.. Guard ni x bagi orang luar masuk.

WANITA ITU ; O k..

AKU : Saya munirah... tangan dihulur... baru aku dapat tengok muka boy dia. yang juga berbaju putih dan berkaca mata..lapang2 datangla ke rumah..tingkat 7 blok D.

WANITA ITU & BOYNYA : Ok..Take Care...jumpe lagi.

AKU: Terima Kasih sangat tau...dalam hati aku nak ambik no tel je.tapi keadaan x mengizinkan.. sampai je dalam lif azan subuh berkumandang.. sampai dirumah dalam bilik yang berserabut tahap xleh blah aku solat subuh dan terlelap sekejap. Geram sangat tengok keadaan bilik yang berserabut balik penat-penat. nak je aku simpan pagi buta tu, mujur ada yang tengah tido... bangun pagi aku tengok berpuluh miskal dan msg kawan aku mohon maaf sebab baru tersedar dari tido. dia siap pg cari aku kat Pudu.. (siapa kawan aku?....Teka)...... Terima Kasih sangat kat Myvi putih tu..kalau terbaca blog ni sila hubungi saya....sampai sekarang pertolongan tu buat aku macam tak percaya jek.. Pagi tu aku pg kerja pukul 10 Pagi bawak buah tangan dari kampung iaitu roti buatan akak aku. dalam hati aku cepat je nak balik sebab nak kemas umah.. aku ada masalah tentang psykologi kalau umah tak kemas.nak2 katil tak kemas...serabut beb...abah aku dulu ingat lagi siap letak peringatan kat katil..jangan duduk diatas katil waktu siang....hehehehe balik keje je aku beli penyapu n ubah posisi bilik n renovate katil semua...erm..lega...mengemas adalah terapi terbaik buat aku.ANYWAY T.Q MYVI PUTIH...

Thursday, June 4, 2009

Trip promo radio ke Melaka


sepanjang aku menjalani latihan praktikal kat RTM @ Unit Promo & Kreatif Radio. banyak benda yang dipelajari baik tentang kehidupan dan cara gerak kerja unit ini. Setakat ni aku dah ikut sesi fotografi di Melaka dan membuat beberapa skrip promo berkaitan. Diarang train aku dan sorang lagi budak fakulti aku Wan dengan baik. Best sangat staf unit promo dan Radio. En Shah, Kak Naziah, Kak Ros, Abg Ijan, Abg Adi, Abg Lokman, dan x unit ni kak Fiza terima kasih dengan tunjuk ajar anda. Lebih kurang sebulan lagi aku dan Wan akan praktikal kat sini.

Wednesday, May 6, 2009

Syukur Alhamdulillah..

kadangkala kita dapat ape yang diinginkan..
kadangkala kita langsung tak dapat miliki apa yang diinginkan..
tapi, dalam kehidupan setiap hari adalah aku miliki apa yang aku inginkan..
adakah aku miliki cinta yang aku inginkan?
adakah aku miliki?
aku mahu miliki..dan dimiliki..dan sudah dimiliki?
hahahahah
ape aku mengarut ni? aku miliki apa yang aku mahu miliki setakat sekarang...
Syukur Alhamdulillah..Syukur Alhamdulillah..Syukur Alhamdulillah...

Friday, April 24, 2009

TAMAT SUDAH SEM 5

lega...ALhamdulillah tamat sudah semester 5 yang penuh dengan kekalutan,keserabutan,konflik dan x lupa juga membawa kepada tekanan emosi..hanya beberapa kali aku buka blog ni dan x sempat nak update.boleh dikatakan sem 5 padat dengan aktiviti dan aku boleh dikatakan keluar pukul 8 pagi dan ada kalanya malam baru balik umah
padahal kolej puncak perdana bukanlah jauh fakulti dan umah.tapi ada saja yang aku buat memenuhi tuntutan subjek. subjek berat seperti animasi, tesis, setel praktikal, setel tajaan bagi subjek Prof Razak dan banyak lagi. kadang2 aku jeles dengan fakulti lain teman serumah aku. relax je aku tengo bebudak 2 bergurau senda dan bergelak ketawa. namun aku puas sekarang, aku telah cuba yang terbaik. setipa semester menganjar aku benda yang banyak. persekutaran yang baru dan pensyarah yang baru. aku perlu bersedia. doakan aku berjaya sehingga tamat di semeter hadapan....coming semester 6!!!TAHNIAH BUAT ANGAH YANG SELAMAT MELAHIRKAN ANAK LELAKI SEBERAT 3.6 KG SETELAH 3 TAHUN KAHWIN...ANAK DIA LAHIR PADA PUKUL 3 lebih 22.04.2009...masa aku dalam bus balik ke shah alam..nama yang diberi ialah UMAR HAZIQ BIN MOHD RAHIMI

Sunday, January 18, 2009

TERUJA

KETERUJAAN SEMESTER 5...

  1. PERTAMA SEKALI MASUK KELAS PRAKTIKAL YANG MEMERLUKAN AKU MENJALANI UJIAN PRAKTIKAL HUJUNG SEMESTER INI.
  2. LEPAS TU KELAS ANIMASI YANG MULA MELAHIRKAN MINAT AKU. DAN MULA JATUH CINTA KEARAH BIDANG INI.
  3. LEPAS TU KETERUJAAN BERTAMBAH BILA TAMBAH SUBJEK DOKUMENTARI
  4. LAGI BERTAMBAH TERUJA BILA MASUK KELAS PROF RAZAK BLACK BOX
  5. KETERUJAAN BERTAMBAH BILA MASUK KELAS ADAPTASI KARYA BIMBINGAN PAK BAMBANG....TERUJA UNTUK AKAN MENGADAPTASI SUATU KARYA MENJADI SKRIP SAMAADA DRAMA, FILEM ATAU APA SAHAJA KE LAYAR SKRIN...YANG BEST MENJADI KARYA SKRIP AKU SENDIRI.
  6. LASTLY TERUJA JUGAK SEBAB FISHAH MENANG JADI MPP..SEBAB AKU DIANTARA JENTERA YANG PASANG BANNER, N POSTER MENYOKONG DIA...AKU HAIRAN JUGAK SEBAB APE ORANG LUAR SELALU CAKAP MPP NI BEST HA? DAPAT ITU DAN INI.. TAHUKAN MEREKA DILUAR SANA MPP NI BEKERJA UNTUK PELAJAR N MEMBANTU FAKULTI...X DAPAT APE PUN SEBENARNYA.CUMA DAPAT UMAH JE FREE ALA N KEMUDAHAN LETAK KERETA KAT DALAM KOLEJ, JPK PUN UMAH FREE MAKAN FREE...KOMANDER KESATRIA PUN DAPAT UMAH FREE GAK...ORANG X BISING PUN...AKU BUKAN NAK MASUK MANA-MANA PIHAK MPP MAHUPUN PELAJAR TAPI CUMA BERCAKAP BENDA YANG BETUL. MASA AKU JADI SEKETARIAT MPP PUN XDAPAT APA PUN DUIT HABIS LAGI ADA TAHUKAH ANDA SEMINAR MAHUPUN MODUL ANJURAN FAKULTI SEDIKIT SEBANYAK DISELENGGARA OLEH KAMI....CUMA PENGALAMAN BEKERJA DENGAN FAKULTI YANG AKU DAPAT...X SEMUA PELAJAR DAPAT TIMBA BENDA NI...AKU CUMA NAK PENGALAMAN ITU SAJE...SALAH KE BERGELAR MPP ATAU SEKETARIAT ATAU JPK,ATAU APE2 JE LA JAWATAN TERTINGGI KAT UNIVERSITI NI....

Sunday, January 11, 2009

DISIPLIN BERMULA DI RUMAH?

teringat dialog di suatu pagi kat umah masa cuti sem yang lepas....babak ni semasa aku nak masuk bilik air umah aku yang memang dikhaskan untuk abah. memang pelik umah aku sebab displin yang tinggi membuatkan sesiapa yang pandai menjaga kebersihan sahaja yang dapat menggunakan bilik air ni. nak tau situasi pagi tu? pernah gak adik aku kena marah sebab masuk bilik air x letak selipar tandas di tempat yg dikhaskan...

abah : chek (panggilan untuk aku) teman abah p servis keta.abah nak tukar timing belt dengan minyak enjin.
aku : tang mana abah?
abah : kedai biasa la kat pekan.
aku : sat nak mandi.

aku melangkah laju masuk ke dalam bilik air dan tetibe...

abah : hai, kaki mana langkah masuk td??
aku : "alamak kaki kanan"...
abah : keluar balik. masuk kaki kiri tandas..
aku : kelam kabut la abah.
abah : lain kali masuk tandas kaki kiri keluar kaki kanan...


huuhuhuhu begitu la berdisiplinnya abah aku. ni belum masuk bab dia basuh baju sendiri lagi. sehingakan mak aku kena marah sebab termasukkan baju dia dalam mesin.. biasala mak aku kalo basuh baju. kutip2 yang mana patut tekan jek kan. mesin basuh tu. cukup jam dia bunyi da siap sidai. apa lagi abah aku bising la baju pagoda dia kena masuk mesin. memang bila pikir n masa kena marah itu dan ini dengan abah memang tekanan. biasala anak muda semua nak senang n mudah. kadang2 terlepas pandang walaupun hal masuk jamban. tapi bila duk sorang2 fikir ini lah yang membuatkan aku menjadi sabar dan sedikit displin walaupun x sabar sangat. t.Q my Abah n Mak... I MISS U n LOVE U.... nanti kita masuk episod lain pulak next post.